Sunday, April 5, 2015

Takzikrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Jumaat 3 April 2015).

10 AKIBAT NEGATIF KEJAHILAN DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.

Pada tazkirah semalam, USM berbincang tentang akibat kezaliman dalam kehidupan manusia. Pada tazkirah hari ini USM ingin mengupas sedikit tentang bahaya kejahilan dalam kehidupan umat Islam.
 
Zaman  sebelum kedatangan  Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari yang asalnya.

Namun malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yajg bermaksud:

“Nanti akan ada di akhir zaman para ahli ibadah yang JAHIL dan para ulama yang FASIK.”   (HR. Ibnu Adi).

Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu’ (ulama’ jahat / ulama’ dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.

Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini USM hanya kemukakan 10 dari padanya sahaja untuk direnung-renungkan bersama. Adapun aoibat kejahilan dalam kehiduoan diantaranya:

1. Orang yang jahil,  benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga.  Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal ianya bercanggah dengan syara’.

Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman dan keamanannya berkurang.”  (HR. Thabrani).

2.  Orang jahil akan Mudah mengutuk dan menghina ulama’ serta memperlekehkannya.

Akibat kejahilan seseorang, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama’ jika mereka mendengar suatu ucapan ulama’ yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama’ itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah dia memandai-mandaikan dirinya sendiri dan dengan menyanggah pendapat ulama’.

Kita bukan disuruh ta’asub kepada seseorang ulama’, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama’ yang memperjuangkan Islam.  Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya Nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghina para ulama.

Daripada Sahl bin Sa'ad as-Saaidi RA. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;

“Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak dengar dan tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya dan munafiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasih dalilnya).”  (HR. Ahmad).

3. Orang jahil akan Membela orang-orang yang jahil seperti mana kejahilannya juga.

Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengi
kut fikiran mereka.  Walaupun mereka tahu sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran tersebut.

Contohnya seperti golongan yang mempertahankan gay dan lesbian. Mereka melaungkan kebebasan hak asasi. Maka dapat di bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia?  Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?

4.  Orang jahil Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan Orang lain.

Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu.

Tidak kira ianya salah dan merupakan fitnah, tetap akan percaya kerana keta’asuban pada pihak itu, dalam memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat dan habuan kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya pemberian manusia.

Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar.  Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?

Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka agar kekal berkuasa.

5. Orang jahil akan menjadikan Al-Qur'an hanya bahan bacaan semata (dipertandingkan), bukan untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. 

Ramai yang membaca Al-Qur'an setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah SWT menurunkan Al-Qur'an agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah SWT nak beritahu pada kita?

6. Orang jahil Hukum-hakam Allah SWT akan direndahkan martabatnya dan disanjungnya hukum buatan manusia.

Undang-undang dari Allah SWT yang termaktub dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajahan dulu lagi, asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.

Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi.

Undang-undang Islam di hadkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah SWT diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.

Rasulullah SAW telah memberi peringatan tentang akan tiba masanya Hukum Islam dicabut, seperti dalam riwayat hadith,  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam  dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat“.  (HR. Ahmad)

Hinggakan sekarang ini ramai orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi untuk diguna pakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden seperti sekarang ini,  belum tepat masanya hukum hudud diterapkan dalam masyarakat sekarang. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam Al-Qur'anul Karim dan sifatnya WAJIB un dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat nanti. Dan tiada siapa boleh mempertikaikannya.

7. Orang jahil Amal ibadahnya tidak diterima Allah SWT.

Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sum
ber yang betul.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,  sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.”  (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.

8. Sebab kejahilan, Dosa dan Maksiat serta kemungkaran dan jenayah semakin berleluasa.

Apabila sudah bersarangnya kejahilan, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan para pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.

Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang  beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang dengan keseksian tersebut.

Pada pandangan orang jahil Kejahatan hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Allah SWT. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri lelaki lain yang melihatnya yang boleh mendatangkan nafsu dan syahwat.

Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.

9. Kerana kejahilan Akan menimbulkan perpecahan,  perbalahan, pergaduhqn serta peperangan sesama sendiri

Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat dari orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang bermaksud:

“.……Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah SWT akan menjadikan perpecahan dan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (HR. Ibnu Majah)

Ramai yang bersuara,  agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.

Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah?  Adakah Nabi Muhammad SAW pun sembang kosong dalam hadith di atas?

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu,  kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian,   yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” .

10. Sebab kejahilan akan melahirkan Generasi yang a
kan terdidik dalam keadaan kejahilan orang tuanya.

Kesan dari wujudnya orang-orang jahil dalam kehidupan,  mungkin akan mengajar anak-cucunya nanti dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.

Jika sekadar mengharapkan mata pelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul mata pelajaran Agama Islam di sekolah.

Akhirnya wahai saudaraku sekalian. Tuntutlah ilmu agama. Jangan jadikan kami hamba yang jahil dalam hidup. Mudah-Mudahan kita menjadi hamba Allah SWT yang dapat memahami hukum hakam Allah serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Jumaat 13 Jamadil Akhir 1436 H).

Saturday, April 4, 2015

Bayan sri petaling 04042015

����������������������

Maulana Shaukat 4/4/15 lepas mahgrib

Terjemah ust Hazim

Allah beri umat ni satu kerja mulia..kerja agama.khusus pd umat ni..200 umat terdahulu tidak di beri kerja ini..umat ini bkn tuk ibadat saja tp kena mujahadah dlm kerja nabi.kerja nabi ni diberi tuk beri kemuliaan pd umat ini..walaupun mrk duduk drumah yg kecil..

zaman Umar 2/3 dunia..kerajaan berharga 900 juta ditundukkan pd org islam..namun dia hya pakai baju 17 tampalan..dunia ditundukkan pd org islam pd masa itu..
Usaha nabi kena ikut cara nabi..mula dgn bentuk iman..tiada yang lebih agung drpd iman..kita blm tunai hak sebut nama Allah pon lg.

.apatah lg hak amalan solat .puasa haji dsb..kita sebut nama Allah hati kita kosong dr kebesaran Allah. .spt bila kita sebut nama menteri kita rasa apa kuasa yang ada pd Menteri. .ulamak kata sebut nama Allah tanpa dlm hati ada kebesaran Allah ia akn tambah kelalaian .ada stgh ulamak kata sebut Allah tanpa ada kebesaran Allah adalah haram..

Bila kita sebut nama Allah dlm hati kena buang segala selain daripada Allah mcm bangkai..Sohabat Ikramah sebut nama Allah trs pengsan..katanya ini adalah dari kalam Allah..trs pengsan.
Seorg petani yg ltk benih..yg tumbuhkan ialah Allah bkn petani..seorang wanita hamil bkn manusia yg beri anak tp  Allah yg bagi. .spt bayi sebut nama Mak dia nampak segala apa yg emak blh beri pdnya..jika dihimpunkan seluruh  kasih sayang ibu2 pd anak slrh dunia maka lbh lg kasih sayang Allah pd hambanya. .

Seorang bayi akn sebut nama mak ,dia yakin ibu dia akn penuhi keperluan hajat nya ..kita kena yakin dan mohon hajat hya kpd Allah. .sehingga hati kita tak berhajat pd selain Allah. .adalah satu kehinaan bila kita berhajat pd apa2 pd selain Allah .hr ni kita masih berhajat dan harap pd  selain daripada Allah. .

Bagaimana sohabat buat tuk dpt iman yg sempurna bgtulah kita kena buat..ayat Quran. ."Allah redo pd mrk.dan org yg ittibak mrk.".mrk gi ke ldg2 kerumah2 ..bawa manusia ke msj buat halqah iman..org spt Umar jika ada nabi umar plg layak..syaitan takut lrg yg di lalui oleh Umar..

Sohabat spt Umar dan abu hurairah gi jumpa manusia di bazar tashkil gi msj..Muaz bin Jabal..Abdullah bin rawahah ..walau iman dah kuat masih jumpa manusia cerita pd org kebesaran Allah. .dan kasih sayang Allah. .satu kisah kerahiman Allah. .

satu ketika Ali msk masjid Nabi...Nabi tunduk kemudian nabi senyum. .Nabi bg tau Ali..baru tika td Allah tunjukkan suasana pdg mahsyar. .dihadapkan seorang pendosa..dia akui kesilapan nya..

Allah perintahkan msk neraka..dia berlari ke neraka..spt nak  manisan yg dibahagi2kan. .org kedua jg dibentangkan dosanya..dia akui.Allah dgn keadilanNya perintahkan ia menuju ke neraka..tp dia lambat bergerak  sambil toleh ke belakang. .org pertama d panggil .

Di tya Allah kenapa engkau berlari keneraka bila diperintahkan.dia kata dulu aku tak nmpak kebenaran. . bila aku nmpak kebenaran aku berlari tuk laksanakan perintahMu . aku takut aku tak taat pd mu skrg..

Org kedua kata aku dgr di dunia hya satu saja drpd 100 ..kasih syg mu diberi pd ibu2..bgtu sekali ibu kasih pdku..bila aku diperintah keneraka..aku lambat bergrk smabil mengharap kasihayg engkau yg 99 lg tu..kot2 engkau panggil aku dgn kasihsyg kau tuk maafkan aku...akhirnya Allah dgn kasih sayang Nya dia masukkan kedua-duanya kedlm syurga. .

maka keduanya berlari lari ke syurga. .aku lihat Allah bgtu gembira sbb tu aku pon tersenyum..hr ni kita kena ckp kebesaran dan kasih sayang Allah spya meningkat iman kita..

Para sahabat dgn percakapan iman..kebesaran Allah. berulang kali ia akn bina iman dlm hati..sehingga saidina Ali kata jika syurga n neraka diltk depannya ia tak akan meningkat walau sebesar biji sawi..lg byk iman lg risau ttg imannya..mcm org byk harta ia akn lbh  risau hartanya..

walaupun Umar dah ada hadis klau ada nabi slps ku Umarlah yg plg layak..tp ia check ngn huzaifah adakah ia termasuk dlm golongan munafik..sapa2 yg tak risau iman dia dia ada sifat munafik dlm dirinya.

.Dari majlis iman yg di buat d msj Nabi..kluar nya iman spt abu bakar. .umar usman ..ali..tidak ada universiti yg akn lahir org spt sohabat.melainkan yg dikeluarkan oleh masjid nabawi.. .universiti hya boleh lahir org spt firaun. .kita kena buat usaha spt sohabat baru yakin terbina..

maulana yusuf kata..jika kita buat usaha spt sohabat kaki kita akn pijak pd tengkuk batil..sebaliknya klau bkn cara sohabat batil akan pijak usaha2 tersebut. .
Para sohabat dah buat usaha ijtimai dan infradi mrk dpt tarik bantuan Allah.kita jga kena ikut cara sohabat. .

abu hurairah khuruj jalan Allah tiba kat hadramaut lautan se jauh 54 batu..ia pacu kuda sejauh 54 batu..dia sebut nama Allah. .bila smpai d sebelah sana dia kata km tak nmpak pon kesan air pd kaki kuda..umat hr ni jg klau buat ghash taklim dsb mcm sohabat kita jg akn dpt bantuan spt para sohabat. . .

Tn yg mulia
Sohabat buat usaha dgn penuh basiroh..seorang pekedai bila org nak beli brg dia akn tunjuk pd tmpat yg ada brg tu dgn pasti..dia yakin brg ada kat situ sbb dia buat niaga dgn sungguh2.

.sehingga tau benar tmpt brg tersebut tanpa melihat lg..dia yakin jika ia buat sambil lewa apa2 kekurangan pd perniagaan akn beri kesan pd perniagaan dan seluruh kehidupan nya.

Bila ia buat niaga dgn cuai..mkn minum pakaian nya akn beri kesan . kekurangan.Bgtu jg seorang dai dia kena yakin jika ia cuai dlm mana2 amal jika tak buat dgn sempurna ia kn beri kesan pd kehidupan nya..mlh berkat tiada..kesan pd ksh syg pd anak tiada..kedamaian pd keluarga tiada....keberkatan tiada..

Saidina Ali kata bila aku tak sempurna dlm amalan pd hr tersebut aku akn nmpk kesan pd kehidupan ku..jika seseorang tangguh dunianya krna agama ,Allah perintahkan malaikat spya sempurna kan dunianya

Tn yg mulia.
Pertama kena usaha yakin. Kedua cara nabi.Ketiga buat korbanan. .utk agama sanggup bg nyawa..kanak2 sanggup jinjit kaki  -sanggup bergusti tuk kluar jln Allah. .

seorang sahabiah perempuan..ada ank ..kluar perang..anak d tawan..tangan d potong. .di kerat..smpai pd ibunya. .ibu nak tgk mayat anknya.perut terburai..tunjuk jenazah..dia tak menitis air mata..dia angkat tangan dia doa..utk inilah aku lahirkan kamu ..aku menyusu kan kamu..aku berharap kamu akn bantu aku di akhirat. .

5 amal bkn nak wujud 5amal.tp setiap org yg dtg msj dpt buat 5 amal..seorang lama ia tya maulana yusuf..brapa lama km nk buat taklim d msj..maulana kata 1jam stgh.taklim spya org yg dtg msj dgr taklim dia kluar dr msj dia kan jaga halal dlm rezekinya. .rezeki yg halal penting dlm kehidupan kita..

saidina Abu Bakar kluarkan mkn haram dr tubuhnya walaupon nyawanya akn hilang..tubuh bdn yg tumbuh dr rezeki yg haram ..darah kita tak bersih..syarat sah solat kena bersih. .darah jg kena suci..baru solat diterima..sumber rezeki yg haram klau bg pd madrasah nur tiada..taklim kena duduk sehingga kita tidak terlibat dgn rezeki yg haram.

Setiap org islam dpt ambil bhgn dlm taklim.buat ghash. mesyuarat. .baca taklim setiap rumah 5 perkara dpt di hidupkan. .setiap kita kena taubat krna cuai dlm usaha dakwah ini..

tashkil. .

����������������������

Monday, March 30, 2015

Nasihat bayan masturat

Hj Abd Rahman:
GARIS PANDUAN BAYAN HIDAYAT MASTURAT 15 HARI & 40 HARI

Muqaddimah
¥ Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita .Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita.Dakwah tanggungjawab wanita juga.
¥Syukur Allah pilih ibu-ibu &bapa-bapa untuk keluar dijalannya.

Maksud Keluar

¥ Islah diri supaya agama yang sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam.Menghasilkan 6sifat dalam setiap suami & isteri.
¥ Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat pada jalan Allah secara tunai.
¥ Fikir bagaimana 5 amal dapat hidup di setiap masjid  .Ini adalah asas kerja ,jadikan setiap masjid hidup seperti Masjid Nabi.Wanita perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau.

TERTIB KERJA
Taat amir .Hanya seorang  amir dikalangan lelaki ,tidak ada wakil amir di kalangan wanita. Taat keputusan mesyuarat.
Diterangkan 12 usul.
Pakaian 100 % berpurdah dan bersifat sederhana
dan berwarna gelap.
Tidak memakai perhiasan semasa keluar.
Sediakan Set Taklim-satu buku satu
wanita/lelaki.Apabila ramai wanita hadir maka dengan mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi.Di waktu lapang pula setiap orang boleh baca taklim secara infradi.
Sediakan set taam.
Bawa tali dan cadar untuk tirai yang lebih.
Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama.
Sediakan buku mesyuarat - buku pendua dan kertas taskil secukupnya .
Kenderaan di mesyuaratkan dahulu-naik kenderaan apa ? dengan siapa?
Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita./memasak untuk jemaah dan ahli rumah sahaja.
Tuan rumah hanya dibenarkan menyediakan masakan sekali sahaja.sekiranya orang tempatan ingin nusrah makanan ,hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu .
Mereka yang diputuskan untuk memasak sahaja membuat keputusan mengenai menu pada hari itu.Yang lain  boleh bantu jika perlu.Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah.
Tiada amalan bayan/targhib  dari pihak lelaki waktu gelap(malam &selepas subuh)
Tiada amalan ijtimaie selepas solat isyak.Sekiranya perlu solat isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimaie.
Tiada mulakat(pertemuan) di waktu malam kecuali dharurat,contoh ahlia sakit kuat.
Tiada karkuzari bertulis dari wanita- hanya secara lisan kpd suami.
Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah  ke route seterusnya.
.Tandas ada berapa
.Tempat wudhu ada berapa
. Ruangan Sidai baju
.Ruangan taalim,bayan ,mulakat.
.Tabir & tirai.
  . Ruangan memasak
  . kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
  . Penghuni rumah yang lelaki/anak-anak.
Route jemaah dimesyuaratkan dengan orang tanggungjawab markas.
Semua rumah orang Islam sesuai untuk terima jemaah masturat,tidak mestinya rakan seusaha.
Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan.
Tidak ada amalan sampingan( side program) walaupun ke tempat rumah taalim mingguan.
Tidak boleh keluar rumah untuk menziarahi rumah saudara mara.
Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.
Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing masing.
Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
Pasangan yang nusrah sepenuh masa ,paling ramai 2 pasang sehari semalam.Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah /tuan rumah .Syarat orang yang nusrah penuh masa,sama seperti jemaah yang keluar.Untuk jemaah 10/15 hari ,1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam  untuk mendedakan mereka kepada amalan jemaah masturat.
Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

ATURCARA AMALAN 24 JAM

Taalim
. Halqah Tajwid
. Kitabi
. Muzakarah 6 Perkara

Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca

. Fadhail Amal
. Muntakhab Ahadith
. Fadilat Sadaqah.
. Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

Taalim pagi 2 jam hingga 21/2 jam di mulai dengan
. Fadhilat Majlis
. Fadhilat Quran
. Halqah Tajwid
. Taalim Kitabi
. Muzakarah 6 perkara.

. Muzakarah 6 perkara ,semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari.Jangka masa yang sama hendaklah diberikan pada setiap orang.

.Sekiranya  wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang ,maka bayan lelaki boleh diadakan.

. Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

.Selepas Solat Asar.

.Sebelum bayan Asar ,taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit.

.Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit,di ikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit.
. Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan.
.Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mengpengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan.
Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita wanita yang hadir memberi azam-azam seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati.
.Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan,kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki.
Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa.
Sekiranya masa tidak mengizinkan ,selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai.
(Jangan rosakkan taskil dengan jamuan makan dan minum)
.Lepas doa maka mana mana wanita tempatan yang masih ada ,maka hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi.
.Jamuan makan dan minum(jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai .(bukan di penghujung bayan)

Program selepas solat maghrib dan nawafil adalah muzakarah( lebih kurang 30-45 minit).Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

Perkara- perkara yang perlu di muzakarahkan
* Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat,dakwah,taklim,zikir,tarbiah anak- anak ,hidupkan sunnah dsb.
* Adab makan
*Adab tandas
*Adab Tidur
*Adab Perjalanan.
*Beberapa pesanan wanita
* Hidupkan taklim di rumah
*Hidup sederhana.
* Didik anak cara sunnah.
* Muhabbah/Kasih sayang
* Sabar & Tahamul
* Halqah dakwah iman
* Fikir alami
* Adab Mulakat
* Adab Istikbal
* Kelebihan tahajud
* Adab Usul
* Usaha tempatan lelaki/5 amal jemaah masjid
* Kaedah taskil dan ikhtilat.

. Selepas isyak adalah masa untuk makan,menyudahkan amal-amal harian dsbnya.
. Bila lampu dipadam ,semua ahli jemaah perlu tidur,tidur awal bangun tahajud pun awal.Tahajud sangat penting dalam usaha dakwah.
.Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit sebelum Solat subuh.
.Selepas solat subuh,sempurnakan zikir harian dan tilawah quran infradi.
.Boleh muzakarah lagi sehingga solat isyrak.
.Selepas subuh(langit sudah cerah) sekali sekli adakan targhib dari ahli jemaah lelaki.
.Adab talim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki.
.Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat,istiqbal,pembaca program dan karkuzari.

Taskil yang perlu dibuat oleh setiap wanita

. Disetiap rumah usaha dibuat untuk menjadikan rumah setiap orang islam cawangan masjid iaitu dengan menghidupkan amal-amal masjid 24 jam - taklim,ibadat,khidmat,mesyuarat.Galakkan  rumah mengadakan satu amalan selepas setiap waktu solat.
.  Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama.
.  Tertib masturat keluar 3 H setiap 3 bulan.10/15 H setiap tahun dan 2B/40 Hari setiap 3 tahun.
.  Galakkan mahram kita untuk keluar ke jalan Allah- 4B,40H,2B jalan kaki ,Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

Pembentukan Jemaah Tunai

.Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sngguh sungguh untuk mengeluarkan  jemaah 3 H Masturat secara tunai.

. Pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai.
. Di tempat yang usaha masturat masih baru jemaah hendaklah menyediakan pasangan- pasangan baru untuk nusrah penuh 24 jam.
. Sekiranya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yang berpengalaman daripada halqah untuk lengkapkan jemaah.
. Melalui mesyuarat jemaah dan orang tanggungjawab markas-usaha dibuat untuk menyediakan route jemaah tunai,rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat untuk setiap jemmah 3 H masturat yang bakal dikeluarkan.
. Jemaah masturat 3 H yang dikeluarkan tunai,tapi di dalamnya kurang wa