السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Jumaat 3 April 2015).
10 AKIBAT NEGATIF KEJAHILAN DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.
Pada tazkirah semalam, USM berbincang tentang akibat kezaliman dalam kehidupan manusia. Pada tazkirah hari ini USM ingin mengupas sedikit tentang bahaya kejahilan dalam kehidupan umat Islam.
Zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari yang asalnya.
Namun malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah SAW yajg bermaksud:
“Nanti akan ada di akhir zaman para ahli ibadah yang JAHIL dan para ulama yang FASIK.” (HR. Ibnu Adi).
Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu’ (ulama’ jahat / ulama’ dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.
Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini USM hanya kemukakan 10 dari padanya sahaja untuk direnung-renungkan bersama. Adapun aoibat kejahilan dalam kehiduoan diantaranya:
1. Orang yang jahil, benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.
Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga. Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal ianya bercanggah dengan syara’.
Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman dan keamanannya berkurang.” (HR. Thabrani).
2. Orang jahil akan Mudah mengutuk dan menghina ulama’ serta memperlekehkannya.
Akibat kejahilan seseorang, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama’ jika mereka mendengar suatu ucapan ulama’ yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama’ itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah dia memandai-mandaikan dirinya sendiri dan dengan menyanggah pendapat ulama’.
Kita bukan disuruh ta’asub kepada seseorang ulama’, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama’ yang memperjuangkan Islam. Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya Nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghina para ulama.
Daripada Sahl bin Sa'ad as-Saaidi RA. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;
“Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak dengar dan tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya dan munafiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasih dalilnya).” (HR. Ahmad).
3. Orang jahil akan Membela orang-orang yang jahil seperti mana kejahilannya juga.
Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengi
kut fikiran mereka. Walaupun mereka tahu sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran tersebut.
Contohnya seperti golongan yang mempertahankan gay dan lesbian. Mereka melaungkan kebebasan hak asasi. Maka dapat di bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia? Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?
4. Orang jahil Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan Orang lain.
Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu.
Tidak kira ianya salah dan merupakan fitnah, tetap akan percaya kerana keta’asuban pada pihak itu, dalam memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat dan habuan kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya pemberian manusia.
Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar. Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?
Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka agar kekal berkuasa.
5. Orang jahil akan menjadikan Al-Qur'an hanya bahan bacaan semata (dipertandingkan), bukan untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
Ramai yang membaca Al-Qur'an setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah SWT menurunkan Al-Qur'an agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah SWT nak beritahu pada kita?
6. Orang jahil Hukum-hakam Allah SWT akan direndahkan martabatnya dan disanjungnya hukum buatan manusia.
Undang-undang dari Allah SWT yang termaktub dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajahan dulu lagi, asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.
Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi.
Undang-undang Islam di hadkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah SWT diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.
Rasulullah SAW telah memberi peringatan tentang akan tiba masanya Hukum Islam dicabut, seperti dalam riwayat hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat“. (HR. Ahmad)
Hinggakan sekarang ini ramai orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi untuk diguna pakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden seperti sekarang ini, belum tepat masanya hukum hudud diterapkan dalam masyarakat sekarang. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam Al-Qur'anul Karim dan sifatnya WAJIB un dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat nanti. Dan tiada siapa boleh mempertikaikannya.
7. Orang jahil Amal ibadahnya tidak diterima Allah SWT.
Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sum
ber yang betul.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.
8. Sebab kejahilan, Dosa dan Maksiat serta kemungkaran dan jenayah semakin berleluasa.
Apabila sudah bersarangnya kejahilan, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan para pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.
Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang dengan keseksian tersebut.
Pada pandangan orang jahil Kejahatan hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Allah SWT. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri lelaki lain yang melihatnya yang boleh mendatangkan nafsu dan syahwat.
Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.
9. Kerana kejahilan Akan menimbulkan perpecahan, perbalahan, pergaduhqn serta peperangan sesama sendiri
Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat dari orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang bermaksud:
“.……Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah SWT akan menjadikan perpecahan dan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (HR. Ibnu Majah)
Ramai yang bersuara, agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.
Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah? Adakah Nabi Muhammad SAW pun sembang kosong dalam hadith di atas?
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” .
10. Sebab kejahilan akan melahirkan Generasi yang a
kan terdidik dalam keadaan kejahilan orang tuanya.
Kesan dari wujudnya orang-orang jahil dalam kehidupan, mungkin akan mengajar anak-cucunya nanti dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.
Jika sekadar mengharapkan mata pelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul mata pelajaran Agama Islam di sekolah.
Akhirnya wahai saudaraku sekalian. Tuntutlah ilmu agama. Jangan jadikan kami hamba yang jahil dalam hidup. Mudah-Mudahan kita menjadi hamba Allah SWT yang dapat memahami hukum hakam Allah serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Jumaat 13 Jamadil Akhir 1436 H).
No comments:
Post a Comment